Uncategorized

Moga Ada Berita Baik untuk Industri sukan negara petang ini

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menaruh harapan agar dalam pengumuman oleh Perdana Menteri dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek petang ini, akan ada berita baik untuk pengamal media sukan dan industri sukan negara.

Media termasuk yang terlibat dalam sukan antara yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang akan dilaksanakan diharap dapat memberikan juga tumpuan untuk membantu memulihkan industri media di negara kita.

Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Jasni Shafie berkata, SAM sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan bantuan khas berupa dana kepada pengamal media di negara ini yang turut terkesan dari segi ekonomi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu.

“Tujuan peruntukan dana yang dicadangkan ini diharap dapat memberi suntikan baharu dan sekali gus menyelamatkan industri media yang dilihat semakin tenat selepas berdepan impak dibawa oleh pandemik COVID-19.

“Sebahagian dari pengamal media yang bekerja bukan sebagai kakitangan tetap (freelancer) atau stringer dengan mereka terkesan kerana bayaran upah dibayar berdasarkan kerja harian atau tugasan namun tidak dapat laksanakan sepanjang PKP,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya lagi, ada beberapa negara, seperti Romania telah menyalurkan peruntukan khas untuk membantu media di negara itu yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

Justeru itu, SAM mendoakan agar pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini dapat memberikan sedikit perkhabaran gembira kepada pengamal media sukan dan industri sukan negara.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: