Uncategorized

Keputusan benarkan aktiviti sukan diketahui dalam masa terdekat


KEPUTUSAN sama ada membenarkan aktiviti sukan kembali diadakan atau tidak akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, akan ada pengumuman rasmi mengenai aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan atau yang dilarang dalam masa terdekat ini.

“Antara yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan adalah untuk membenarkan pembukaan fasiliti sukan tertutup seperti gimnasium, dewan badminton, dan lain-lain.

“Selain itu, serta membenarkan aktiviti sukan berpasukan dan lain-lain secara beransur seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, ragbi dan lain-lain untuk tujuan aktiviti latihan dan aktiviti permainan ‘tanpa kontak fizikal’ dengan penjarakan sosial dua hingga lima meter dan tidak melibatkan himpunan ramai.

“Apa-apa tunggu pengumuman rasmi kelak,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mula membenarkan orang ramai untuk bersukan dan beriadah tetapi terhad kepada aktiviti sukan yang tidak membabitkan sentuhan.

Semua aktiviti sukan sebelum ini tidak dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aktiviti sukan luar yang tidak ada risiko bersentuhan yang tidak melebihi 10 orang kini dibenarkan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d