Uncategorized

Axle Motorsport sertai Le Mans Virtual 24 jam

OLEH kerana wabak pandemik global COVID-19 yang sedang melanda, beberapa acara sukan besar terkesan dan tertangguh sehingga bulan September 2020.

Namun begitu, perlumbaan 24 Jam Le Mans edisi ke-88 tetap akan dilangsungkan menerusi perlumbaan secara maya di platform rFactor 2 dan akan dikenali sebagai Le Mans Virtual 24 Jam.

Lebih menarik lagi, Malaysia akan diwakili oleh Alex Yoong selaku peneraju Axle Motorsport yang juga merupakan satu-satunya pasukan Asia yang akan berentap dengan 60 pasukan yang lain pada perlumbaan yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2020.

Alex yang tidak asing lagi di dalam dunia permotoran sukan amat sinonim dengan perlumbaan endurance apabila dia pernah memenangi Pelumba Baharu Terbaik ketika dia membuat kemunculan sulung di Le Mans pada 2006. Beliau kemudiannya meraih tempat kelima di litar ikonik itu pada tahun berikutnya.

“Kami amat berbangga kerana terpilih untuk perlumbaan ini dan akan membariskan pelumba terbaik yang telah memenangi pertandingan eRacing GP. Kami juga sedang giat menjalani latihan untuk mendapatkan momentum serta konsistensi yang baik,” kata Alex.

Pasukan Malaysia yang merupakan pasukan tunggal dari Asia akan bersaing dengan pasukan seperti Toyota Gazoo Racing yang turut membariskan nama-nama besar seperti Fernando Alonso, Max Verstappen serta beberapa lagi pelumba berkelas dunia.

Oleh kerana peraturan perlumbaan mengenakan syarat untuk membariskan dua pelumba litar sebenar daripada empat pelumba setiap pasukan, Alister Yoong akan bersama-sama dengan bapanya Alex sekaligus menjadikan gandingan bapa dan anak untuk Axle.

Alex dan Alister turut mendapat lesen daripada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM)

Manakala Naquib Azlan, yang merupakan naib juara eRacing GP Edisi Global dan Mika Hakimi melengkapkan slot empat pelumba Malaysia.

Kedua-duanya tidak asing lagi di dalam pe mainan lumba simulator.

Para pelumba akan berlumba di dalam kelas Le Mans Prototypes 2 (LMP2), dan akan memandu jentera berwarna merah dan putih ORECA bernombor 21.

Perlumbaan Le Mans akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen serata dunia dan merupakan antara perlumbaan yang mendapat tontonan tertinggi di dalam kalendar sukan permotoran dunia.

Para peminat juga boleh mendapatkan info dan maklumat terkini di 24.virtual.lemansesports.com.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: