Uncategorized

Hockademy tuntut KHM segera lunas wang kemenangan

PIHAK Hockademy memandang serius kenyataan akhbar oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang disiarkan menerusi sebuah media tempatan hari ini.

Laporan yang dimaksudkan adalah bertajuk “MHC: Only one team making all the noise”.

Jelas Hockademy, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM itu dengan
jelas memberi mesej bahawa badan induk itu dengan sengaja boleh melengah-lengahkan pembayaran hadiah wang kemenangan TNB Liga Hoki Malaysia
(TNBMHL) 2020 tanpa alasan yang kukuh.

“Pihak Hockademy melihat ianya sebagai kenyataan yang tidak
bertanggungjawab oleh pihak KHM dan secara tidak langsung memberi gambaran bahawa badan induk itu memandang remeh serta tidak mementingkan kebajikan para
pemain hoki tempatan yang merupakan nadi kepada sukan hoki negara.

“Bagi pihak Hockademy kami berpendirian bahawa ini adalah hak pemain tidak kira
daripada pasukan mana sekalipun dan wajar dituntut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru itu, katanya, sekali lagi Hockademy ingin
menegaskan bahawa hadiah kemenangan itu perlu dilunaskan dengan kadar segera
tanpa memperjudikan nasib para pemain.

“Sekiranya KHM masih belum menerima
wang penajaan, kami ingin sarankan supaya pihak pengurusan KHM untuk
mendahulukan wang sendiri demi kebajikan pemain. Tolong, tiada lagi alasan… ,” ujarnya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: