Uncategorized

Tiada program sukan besar peringkat IPT sehingga akhir tahun ini


Program Bicara Sukan anjuran Pusat Sukan UiTM yang disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube UiTM Di Hatiku.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia mengakibatkan tiada program sukan besar peringkat IPT akan dijalankan sehingga akhir tahun ini seperti Karnival Sukan MASUM Fasa II, Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan Asean University Games (AUG) Thailand.

Menurut Ketua Unit Sukan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Pekan Ramli berkata, walaubagaimanapun perkara ini akan dirujuk dalam mesyuarat peringkat kementerian pada 20 Mei ini nanti.

Ini dinyatakan dalam Program Bicara Sukan anjuran Pusat Sukan UiTM yang disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube UiTM Di Hatiku pada 11 Mei lalu.

Empat ahli panel dijemput bagi membicarakan beberapa agenda mengenai impak persediaan semua bahagian sukan IPT mengenai kebiasaan baharu akibat pandemik COVID-19 iaitu Dr Pekan Ramli dari Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr Amin Md Taff Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPSI, En Mustaza Ahmad Pengarah Pusat Sukan UiTM dan En Roestam Effendi Sijar Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Sukan IIUM merangkap Setiausaha Agong Asean University Sports Council (AUSC) bersama moderator En Zamri Abd Kahar Pegawai Sukan UiTM.

Beberapa isu telah dibicarakan bagi membincangkan persediaan IPT dalam menangani kesan pandemik ini terhadap beberapa perancangan program utama universiti dan kesannya terhadap warga universiti dan orang awam.

Pelaksanaan dan adaptasi kebiasaan dan norma baharu telah ditekankan oleh ahli panel dalam usaha memastikan aktiviti sukan di peringkat IPT boleh dijalankan mengikut kepada arahan-arahan semasa yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk makluman, program bicara sukan anjuran Pusat Sukan UiTM ini adalah kali pertama diadakan dan akan terus diadakan secara berkala bagi membicarakan pelbagai topik sukan melibatkan beberapa ahli panel yang dijemput mengikut kepakaran dan pengalaman masing-masing.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d