Uncategorized

Yakult umum 12 pemenang Cabaran Rakam dan Menang


Aktiviti bersenam dipraktikkan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Cabaran Rakam dan Menang anjuran Yakult (M) Sdn Bhd, ketika PKP baru-baru ini.

YAKULT Malaysia (M) Sdn Bhd memilih 12 peserta terbaik memenangi Cabaran Rakam dan Menang, baru-baru ini.

Mereka yang bertuah adalah Fakhrul Yaasin Muhd Zaim daripada Akademi Maherian, Khairul Faiz Nor Azhar (Wakaf 8 FC), Mohd Farish Ainun Aswadi, Mohd Shahril Aiman Saperi, Mohamad Izham Haslim, kesemua mewakili Grey United FC.

Turut terpilih tiga peserta daripada EWG Property FC iaitu Muhamad Amir Haikal Muhammad, Muhaamad Rais Mohd Rafi, Muhammad Adam Rayyan Nor Hisam, Mohamad Idham Mohd Noor (Chengal FC), Muhammad Zul Ikhwan Abdullah (Akademi Pasir Mas) serta dua wakil Wakaf 8 FC iaitu Mohd Syarif Haikal dan Muhamad Danish Muhamad Ridzwan.

Kesemua mereka memenangi hadiah wang tunai RM200 beserta produk Yakult.

Menurut Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, pertandingan itu dilangsungkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April dan berakhir 14 April.

“Cabaran Rakam dan Menang merupakan satu bentuk pertandingan dimana peserta perlu merakam aktiviti dalam tempoh PKP dan memuat naik video pendek itu ke laman sosial Facebook.

“Mereka (peserta) dikehendaki melakukan sebarang aktiviti contohnya menimang bola atau bersenam,” katanya.

Sementara itu Pegawai Media Bola Sepak Yakult, Mohd Zuki Deraman memberitahu, pertandingan tersebut sebahagian aktiviti diatur oleh pihaknya setelah saingan Yakult KB City League terpaksa dihentikan akibat penularan pandemik Covid-19.

“Aktiviti yang diadakan dirumah ini mendapat sambutan menggalakkan dan kami ucap terima kasih kepada semua pemenang.

“Kepada yang tidak berjaya, diharap tidak berputus asa dan teruskan mencuba pada pertandingan lain anjuran Yakult pada masa akan datang,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading