Uncategorized

Datuk Bandar Liverpool tuding penyokong Atletico Madrid jadi penyebaran virus Covid-19

Penyokong Atletico Madrid yang bertandang ke Anfield sambil mengibarkan bendera kelab Everton.

DATUK Bandar Wilayah Liverpool,
Steve Rotheram, meminta perlawanan kedua Fasa 16 Liga Juara-Juara antara Liverpool menentang Atletico Madrid disiasat.

Dakwanya, pertandingan tersebut dikatakan menjadi punca meningkatkan penyebaran virus corona.

Pertemuan Liverpool dan Atletico Madrid berlangsung di Stadium Anfield pada 11 Mac lalu.

Terdapat peminat Atletico yang turut hadir pada aksi yang berakhir dengan jaringan 3-2.

Pertandingan itu berlangsung ketika virus corona mulai menular terutama di Sepanyol.

Malahan, pemerintah kota Madrid sempat melarang beberapa penyokong Atletico untuk tidak berkunjung ke Liverpool.

Namu, ribuan peminat Atletico tetap datang ke England dan kehadiran mereka dituding sebagai meningkatkan penyebaran virus corona di Kota Liverpool.

“Kita melihat ada kes peningkatan yang menjadikan 1,200 orang di Liverpool positif virus Corona.

“Harus ada siasatan untuk melihat apakah kesan itu terkait dengan kehadiran peminat Atletico. Ada kota yang sudah terjangkit dan Madrid adalah salah satunya,” ujar Rotheram yang dipetik Marca.

Rotherham minta tanggungjawab

Rotheram meminta pemerintah bertanggungjawab akibat meluasnya penyebaran virus corona di Liverpool.

Jelas Rotheram, beliau menilai ada kebarangkalian peminat Atletico Madrid dalam penyebaran virus.

“Mereka tidak dibolehkan untuk meninggalkan negaranya, tetapi 3,000 peminat datang kepada kami dan berpotensi menyebarkan virus.

“Jadi, perkara ini perlu diperhatikan dan pemerintah perlu bertangggungjawab kerana tidak segera mengasingkan wilayahnya,” kata Rotheram lagi.

Pandemi corona Covid-19 hingga kini belum menunjukkan tanda penurunan. Menurut World O Meters, ada 2.8 juta orang yang dinyatakan positif virus corona pada Sabtu lepas.

Sebanyak 197,246 orang meninggal dunia dan 789,776 telah dinyatakan sembuh.

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara dengan pesakit terbanyak iaitu 925,038 dengan 52,185 orang meninggal dunia.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: