Uncategorized

PBSMM ziarahi legenda Syed Ahmad

MENJELANG sambutan Ramadan, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) tampil menziarahi bekas penyerang kebangsaan, Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang mengalami penyakit kanser prostat tahap empat, sejak setahun lalu.

Exco PBSMM, Ku Besry Ku Aziz mewakili presidennya, Mohd Firdaus Mohamed dan ditemani bekas penjaga gol Perlis era 80’an, Zulfikar Raja Mohan Abdullah berkunjung ke kediaman legenda bola sepak itu di Arau.

Pada kunjungan tersebut, PBSMM telah menyampaikan sumbangan RM1,000 bagi meringankan beban dihadapi Syed Ahmad.

Pada zaman kegemilangannya, Syed Ahmad dilabelkan antara penyerang terbaik skuad negara dan berjaya menjaringkan gol dalam aksi kelayakan di Seoul, Korea Selatan 1971 yang melayakkan Malaysia beraksi di Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Ku Besry (kiri) menyampaikan sumbangan PBSMM kepada Syed Ahmad diiringi Zulfikar di kediaman bekas penyerang kebangsaan itu di Arau. 📸 Facebook PBSMM

Pernah bertugas sebagai warden Penjara Taiping, Syed Ahmad juga mengecapi nikmat kejuaraan Piala Emas Raja-Raja pada era 70’an ketika menyarung jersi Perak bersama Allahyarham Ali Bakar.

Kepada yang ingin menyumbang, anda boleh salurkan terus ke akaun beliau –
1621 8836 4489 (Maybank).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: