Uncategorized

Cegah Covid-19, pemain bola sepak disaran pakai topeng muka


Pemain Gremio memakai topeng muka ketika memasuki padang. 📸 Getty Images

SATU usul unik diberikan kepada para pemain bola sepak dunia sepanjang Covid-19.

Mereka disarankan untuk memakai topeng muka dalam sesuatu pertandingan !

“Topeng muka bukan bertujuan melindungi diri sendiri, tetapi orang lain.

“Belum jelas seberapa keberkesanan penggunaan topeng muka (untuk mencegah virus Covid-19), tapi rasanya masuk akal jika kita semua melakukan tindakan pencegahan sebanyak mungkin.

“Jika masih ada 300 hingga 500 orang yang hadir dalam sesuatu pertandingan, maka masih ada peluang berlakunya kesan kepada beberapa manusia sejumlah,” kata Epidemiologis Universiti Edinburgh, Dr Rowland Kao.

Beliau juga meminta supaya semua pemain menjalani ujian virus Corona secara rutin.

Ini kerana katanya, dengan demikian, kesihatan pemain dapat di kawal dengan baik.

“Orang-orang yang terlibat harus diuji kesihatan sebelum memulakan sebarang kegiatan dan ia harus dilakukan secara berkala.

“Masalahnya, adakah ujian sebanyak itu tersedia buat masa ini ? soal Kao lagi

Menurutnya, jika melihat kepada jumlah pasukan dan jumlah ujian kesihatan, Kao tidak yakin kerana ramai lagi pihak yang lebih diutamakan.

“Jika ujian berkala tak boleh dilakukan, rasanya sukar pertandingan akan bersambung semula,” jelasnya.

Sumber : The Guardian


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading