Uncategorized

40 atlet pembangunan Para terima sumbangan MPM, POPM


KEBAJIKAN atlet pembangunan Para tetap tidak dilupakan meskipun segala kegiatan sukan terhenti seketika berikutan ancaman wabak Covid-19.

Ini kerana, atlet pembangunan Para tidak mendapat keistimewaan seperti atlet sepenuh masa di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN).

Golongan ini semestinya muncul kelompok atlet paling terkesan kerana kebanyakan
hanya menerima elaun separuh masa dan memerlukan sokongan yang padu untuk kekal aktif dalam sukan.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bersama Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) hadir dengan inisiatif menyediakan sumbangan barangan keperluan asas kepada kira-kira 40 atlet pembangunan Para.

Program yang dikenali dengan nama Projek Penyerahan Sumbangan Atlet Para (Fasa 2) ini kesinambungan kepada program bantuan Healthcare Kit pada 7 April lalu.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkat, projek ini melibatkan kerjasama antara MPM sebagai badan naungan persatuan sukan para kebangsaan dengan POPM dan ia merupakan kesinambungan kepada program bantuan kami pada 7 April lalu.

“Atlet pembangunan ini wajar mendapat layanan yang adil sama seperti atlet lain. Lagipun mereka ini merupakan barisan pelapis dan masa depan sukan Para negara.

“Pihaknya juga mengalu-alukan kerjasama dengan 23 persatuan sukan para kebangsaan lain untuk menjalankan aktiviti yang sama.

“Harapan saya semoga ia menjadi titik permulaan untuk semua 24 ahli gabungan kami lebih aktif dan kami di MPM sedia untuk bekerjasama. Hanya perlu maklumkan, kami sedia membantu dan berkhidmat untuk ahli gabungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Presiden POPM, Laksamana Pertama (B) Datuk Subramaniam Raman berkata, walaupun berdepan status kewangan yang terhad, tetapi sebagai badan induk olahraga para negara pihaknya perlu mengambil tindakan untuk meyakinkan atlet bahawa POPM sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka.

Katanya lagi, ia secara tak langsung akan mengurangkan beban keluarga dan juga membakar semangat atlet untuk terus melibatkan diri dalam sukan olahraga para.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading