Uncategorized

Suara belia didengari : KBS

GOLONGAN belia negara ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19 tetap mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas keprihatinan terhadap suara hati belia dan memberi pembelaan kepada belia yang juga terkesan dengan keadaan semasa.

“Seramai 3,879,657 belia menerima manfaat dari bantuan ini. Insya-Allah, atas bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban belia yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saranan saya, please stay at home (kekal di rumah). Tetapi selang-selikan juga dengan bersenam atau ‘workout at home‘.

“Perkara yang paling penting ialah jaga kesihatan. Kita boleh putuskan rantaian jangkitan penyakit ini,” katanya menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Reezal Merican juga berharap agar belia diluar sana kekal tenang dan mengutamakan kebersihan diri.

“Cuci tangan dengan sabun dan gunakanlah hand sanitizer. Kita rakyat Malaysia harus cekal bersama dalam krisis ini,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: