Uncategorized

Reezal Merican doakan Jackie Wong dan ayahnya kembali sembuh


Reezal Merican Naina Merican 📸 KBSMalaysia

ATLET baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer yang kembali positif COVID-19 mendapat perhatian daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Jackie yang berumur 27 tahun dan berasal dari Sarawak disahkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2020 dan telah menjalani hampir lapan ujian saringan setakat ini.

Beliau dipercayai berjangkit virus COVID-19 dari bapanya yang sudah disahkan positif beberapa hari yang lepas.

Mereka kini menjalani rawatan di Hospital Sibu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan KBS hari ini, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pernah untuk berhubung dengan Jackie Wong yang merupakan pemenang pingat perak Sukan SEA 2019.

“Pada perbicaraan tersebut Reezal dikhabar bahawa ujian saringan Jackie Wong disahkan negatif.

“Walaubagaimanapun, pada ujian saringan yang terbaharu, Jakie Wong disahkan positif COVID-19.

“Setelah menerima perkhabaran
tersebut, Reezal berhubung dengan Jackie Wong melalui aplikasi Facetime,” kata kenyataan itu.

Dalam perbualan tersebut, Jackie Wong menjelaskan keadaan beliau yang sedang
menjalani rawatan di Hospital Sibu.

“Beliau bimbang akan penyakit asma akan
menyebabkan kesihatan beliau terjejas dan lemah untuk melawan wabak COVID-19 tersebut.

“Reezal juga sempat untuk bertanya khabar tentang bapa Jackie Wong yang masihlagi dalam keadaan yang kurang baik,” ujarnya.

Mendengar khabar berikut, Reezal
berasa cukup sedih dan prihatin atas keadaan yang dihadapi Jackie Wong dan
mendoakan supaya Jackie dan ayahnya cepat sembuh serta dapat kembali
kepada keluarga mereka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading