Uncategorized

FAM cari wakil Malaysia Ke FIFA eNations Stay & Play Cup


PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL) dan GamesBond menganjurkan satu kejohanan sukan elektronik (e-sukan) atas talian FIFA20 dinamakan Malaysia National eChallenge yang akan berlangsung pada Jumaat, 17 April 2020.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencari seorang wakil eFootballer yang akan berganding bersama salah seorang pemain bola sepak kebangsaan bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan e-sukan antarabangsa iaitu FIFA eNations Stay & Play Cup yang dijadual pada Selasa, 21 April 2020.

“Edisi kali ini terpaksa dilangsungkan dari kediaman masing-masing memandangkan seluruh dunia kini sedang berdepan pandemik COVID-19 dengan Malaysia juga masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac lalu,” kata kenyataan itu menerusi Facebook rasmi FAM hari ini.

Kejohanan Malaysia National eChallenge ini akan berlangsung selama sehari iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam dengan hadiah terkumpul sebanyak RM1,000 menanti para pemenang termasuk satu slot ke FIFA eNations Stay & Play Cup bagi peserta yang bergelar juara.

Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada Esports Malaysia (ESM).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading