Uncategorized

Azhan Shafriman Hanif Ketua Pegawai Eksekutif baharu Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyambut baik Azhan Shafriman Hanif sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu hari ini setelah Dato ‘Razlan Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menyelesaikan tugas terakhir pada 7 April 2020. Tidak asing dengan sektor sukan permotoran, Shafriman berpindah ke SIC dari peranannya yang lalu sebagai Ketua Perikatan Strategik di Jabatan Jenama PETRONAS. Jurutera mekanikal dengan latihan  jurusan pembuatan dan sains bahan ini telah menjadi sebahagian daripada pasukan PETRONAS selama lebih dari 13 tahun.

Belajar mengenai sektor sukan bermotor dari pemimpin PETRONAS dan kapten industri, Shafriman menerajui unit tajaan di PETRONAS sejak sedekad yang lalu, dengan memberi tumpuan kepada platform sukan permotoran. Ini membolehkan beliau mengumpulkan banyak pengalaman dalam mengaktifkan tajaan sukan permotoran dan perkongsian strategik dengan OEM dari perspektif korporat, memantau dan menilai prestasi pembangunan bakat muda di kedua kategori permotoran dua roda dan empat roda dalam mewujudkan pendedahan penjenamaan melalui platform penajaan sukan permotoran di F1, MotoGP dan Cub Prix.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, PETRONAS telah memperolehi pencapaian di peringkat global sebagai penaja dan rakan kongsi teknikal untuk Mercedes AMG PETRONAS F1 Team, dan kini juga pembekal bahan api rasmi untuk Moto2 dan Moto3 dalam Kejohanan Dunia MotoGP. Pengiktirafan yang signifikan terhadap teknologi Fluid PETRONAS sebagai Penyelesaian untuk arena sukan permotoran ini sangat di iktiraf dunia.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: