
Terima kasih doakan saya, itu kata pertahanan Kedah, Azmeer Yusoff yang bersyukur selepas pulih daripada demam panas yang dialaminya sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, selepas menerima rawatan beberapa hari lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur keadaannya kini semakin beransur pulih.

Pemain berusia 29 tahun tersebut menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak putus-putus kepada semua penyokong yang mendoakannya.
“Alhamdulilah hari ini (30 Mac) Allah izinkan semula utk saya sembuh.
“Terima kasih semua yg mendoakan saya. Hanya Allah yg mampu membalasnya,”katanya.

Sebelum ini tular di media sosial Azmeer mengalami demam panas dan situasinya mendapat perhatian penyokong Hijau Kuning yang turut mendoakan dia kembali sembuh.
Add Comment