Uncategorized

Tolonglah prihatin kebajikan kami wahai KAFA !

Pemain Piala Presiden Kelantan dakwa belum terima gaji untuk tahun 2020. Foto : Kelantan FA

TIDAK sampai beberapa perlawanan liga berlangsung, sudah kedengaran isu sumbang melibatkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Bukan skuad utama Kelantan, tapi membabitkan 51 pemain Piala Belia dan Piala Presiden Kelantan yang mendakwa belum menerima bayaran gaji.

Cakap Sukan difahamkan, pemain berkenaan mengadu nasib dan membuat laporan kepada Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Laporan awal mengatakan pihak PFAM telah menerima aduan berkenaan.

Sementara itu, beberapa sumber terdekat memberitahu, dalam lima dan enam bulan ini para pemain langsung tidak dibayar gaji.

“Sejak tahun lepas lagi (gaji sangkut). Saudara Izham (Ismail), Ketua Pegawai Eksekutif PFAM pun dah tahu hal ini, ” kata sumber berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan, gaji mereka bagi tahun 2020 (sehingga Mac) masih juga belum dibayar.

”Presiden pula tak jawab panggilan, WhatsApp disekat dan buat senyap jer,” kata sumber itu lagi

Semalam, tersebar satu hantaran di Facebook Kelantan FC – Pride and Soul mengenai rintihan pemain dan pegawai skuad Piala Belia Kelantan 2019/2020.

Antara yang didedahkan adalah ketiadaan wang bagi membeli keperluan asas berikutan wabak Covid-19 yang sedang melanda Malaysia dan dunia saat ini.

Mereka juga memohon masyarakat Kelantan khususnya membantu daripada terus tertipu oleh pengurusan Kafa.

Cakap Sukan akan mendapatkan respons daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), KAFA dan PFAM berhubung dakwaan ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: