Uncategorized

Khalid Ali hanya ketawa besar


LEGENDA bola sepak sukan tanah air, Khalid Ali hanya ketawa besar apabila ditanya mengenai posting Malek Rahman di Facebook beliau hari ini.

Malek mempertikaikan kenyataan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad yang kesal isu perkauman dimainkan oleh seorang bekas pemain Selangor.

Khalid Ali.

Ketika dihubungi cakapsukan.com sebentar tadi, bekas pemain Selangor itu sebaliknya ketawa besar.

Apa tidaknya, ia menunjukkan sikap sebenar Malek yang juga bekas pemain Selangor.

Malah, Khalid juga gelak besar apabila ditanya mengenai dakwaan bekas pemain mengatakan B Sathianathan yang merupakan pengendali Red Giants kononnya dikaitkan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

“hahaha.. (sambil ketawa). Anggaplah ini sebagai hiburan bola sepak tanah air. Ini merupakan bahan lawak dalam bola sepak.

“Kamu perlu tahu bahawa dengan adanya lawak sebegini, ia akan boleh menaikkan lagi imej bola sepak negara dengan lawak seperti Malek (Rahman) .

“Semua pihak akan kembali mengambil peduli mengenai iklim Liga Malaysia yang selama ini mungkin tidak sangat diberikan perhatian,” katanya.

Jelas Khalid lagi, dengan adanya perlakuan seperti ini, semua orang kenal siapakah Malek Rahman termasuk penyokong tempatan.

“Bagus apabila unsur lawak seperti ini ada dalam liga kita,” katanya berseloroh.

Cakap Sukan pada Khamis lalu melaporkan Abdul Rauf menyelar perbuatan tidak bijak yang dilakukan individu berkenaan dan menyifatkan ianya sebagai memalukan.

Malah, keesokan harinya, Abdul Rauf menemani Sathianathan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung isu perkauman yang dilemparkan terhadapnya.

Esok, Cakap Sukan akan mendapatkan komen Malek sendiri berhubung isu ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading