Uncategorized

Penyokong tempatan berang kualiti mutu pengadilan


Antara aksi ‘ganas’ pemain yang tidak di layangkan kad amaran pengadil perlawanan.

RATA-RATA penyokong bola sepak tempatan kurang senang dengan mutu pengadilan yang lemah pada pertemuan CIMB Liga Super antara Pahang dan Sabah di Stadium Darul Makmur malam Selasa lalu.

Dalam satu klip video yang viral di laman sosial Facebook hari ini, pengadil berkenaan tidak melayangkan kad amaran aksi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Tinjauan Cakap Sukan dapati banyak komen yang mengkritik cara pengadilan dan tak kurang yang mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pandang serius isu ini.

Pelayar Facebook Cakap Sukan, Shaukei Kahar menyatakan keselamatan pemain dalam padang adalah dibawah seliaan sepenuhnya pengadil.

“Antara tanggungjawab pengadil adalah melindungi para pemain..dari klip video diatas elemen itu tidak berlaku.. Sila berlaku adil,” tulisnya.

Seorang pelayar Facebook dikenali Beck’s G-tra memberitahu, sepatutnya ada layangan kad dari pengadil bertugas.

“Kena tangan (bola) terang-terang. Kalau tak kena tangan, bola tu tak boleh juga lagu tu..ada bahagian yang patut kena kad..dan ada yang patut kesalahan sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, Aja Latido melahirkan perasaan kurang bersetuju tindak tanduk pengadil perlawanan.

“Aku sebagai penyokong Pahang pun tak setuju dengan tindakan pengadil ni. Entah-entah, pengadil ni tangkap muat je,” tulisnya.

Akhir Zaman pula mahu FAM kenakan tindakan tegas.

“Sepatutnya pengadil ni kena tindakan,” tulisnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d