Isu perkauman : Abdul Rauf akan menemani Sathia buat laporan polis

Scroll down to content
Abdul Rauf Ahmad Foto : Stadium Astro

“Esok (Jumaat) saya akan menemani B Sathianathan membuat laporan polis susulan isu perkauman terhadap dirinya.

Itu kata Naib Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad selepas insiden kata-kata kesat dan dakwaan berat beberapa individu di Facebook terhadap pengendali Selangor FA itu.

Jelas Abdul Rauf, beliau menyelar perbuatan tidak bijak yang dilakukan individu berkenaan dan menyifatkan ianya sebagai memalukan.

“Apa yang berlaku kepada Sathianathan satu benda yang tak boleh dibiarkan. Kita tak boleh sesuka hati menuduh orang tanpa bukti yang sahih.

“Saya kecewa dan pelik masih berlaku lagi isu perkauman kepada skuad bola sepak Selangor,” jelasnya ketika dihubungi cakapsukan.com sebentar tadi.

Media melaporkan, jurulatih Merah Kuning itu dituduh oleh seorang bekas pemain negeri itu yang kononnya menyertai Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

“FAS melihat ia tuduhan yang sangat serius.. Dan saya akan bersama Sathianathan yang akan membuat laporan polis pada jam 11 pagi hari Jumaat. Ia adalah sebagai sokongan moral buat beliau,” katanya.

Abdul Rauf ketika ditanya adakah pada era 80an dan 90an ada berlakunya isu perkauman, sebaliknya memberitahu tiada.

“Selangor pernah ada pemain berbangsa India yang melonjakkan nama negeri. Kita juga ada pemain Cina. Begitu juga kehadiran jurulatih bukan Melayu yang terdahulu. Kita bermain satu pasukan dan tidak wajar komen berbaur rasis dimainkan oleh bekas pemain.

“Saya sebagai bekas pemain patut malu jika berfikiran sedemikian. Dia pernah bermain untuk Selangor dan membawa nama Selangor.

“Tetapi, sikapnya keterlaluan dan merosakkan imej pasukan yang pernah diwakilinya,” ujarnya.

Ahad lalu, Cakap Sukan mendedahkan Sathianathan meluahkan perasaan marah pada sidang media selepas perlawanan CIMB Liga Super menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau mengkritik sikap peminat negara ini yang masih bermain isu rasis kepada para pemainnya.

Sathianathan juga menamakan P Prabakaran yang sering diherdik dengan kata-kata kesat dan dicemuh di atas padang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: