Buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Sukan Malaysia (Sukma), Kelantan telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2024.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya melihat ia merupakan peluang terbaik buat Kelantan membuktikan kemampuan mereka untuk menjadi tuan rumah temasya sukan paling utama di Malaysia.

“Ini juga menjadi ruang terbaik untuk KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sama-sama membantu membina kemudahan sukan berkualiti di Kelantan dan keputusan ini mampu memberikan impak positif terhadap pembangunan sukan secara menyeluruh di negeri berkenaan.

“KBS akan melaksanakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi memastikan penganjuran Sukma di Kelantan kelak menjadi antara penganjuran terbaik,” ujarnya ketika dipetik dalam Facebook rasmi beliau hari ini.

Syed Saddiq berkata, ini merupakan sejarah penting buat sukan di Kelantan dan dengan sokongan padu rakyat Kelantan, usaha penganjuran ini pasti membuahkan hasil yang membanggakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: