Uncategorized

12 pasukan berentap dalam Yakult KB City League

Hamada (kiri) dan Md Zuki menunjukkan nombor pasukan yang bertanding pada majlis undian Yakult KB City League U14, baru-baru ini.

Sebanyak 12 pasukan sah berentap memburu kejuaraan sulung Yakult KB City League Bawah 14 Tahun (U14) yang akan menyingkap tirainya, pada 21 Februari ini.

Kejohanan peringkat umur itu dianjurkan The Red Warriors City Club (TRWCC) dengan kerjasama Yakult (M) Sdn Bhd serta Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK).

Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Grey United FC, Kota Juniors
FC, Chengal FC, Paduka 1 FC, EWG Property FC, Wakaf 8 FC, Maherian Football Academy, Kelantan City FC dan banyak lagi.

Presiden TRWCC, Md Zuki Deraman berkata, liga itu bakal berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher, Kota Bharu.

“Kejohanan berkonsepkan liga ini merupakan pertama kali dianjurkan bagi peringkat umur bawah 14 tahun di Kelantan.

“TRWCC amat berbesar hati apabila syarikat besar seperti Yakult, Rohm Wako bersama kami untuk merealisasikan pertandingan liga ini.

“Liga ini akan berlangsung selama enam bulan bermula 21 Februari dan berakhir Julai nanti,” katanya.

Hamada (duduk, tengah), Datuk Muhammad Nasir (tiga,kanan) dan Azman (empat,kanan) bergambar bersama wakil pasukan yang mengambil bahagian dalam Yakult KB City League U14.

Majlis pengenalan Yakult KB City League U14 itu disempurnakan Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada di Kelantan Golf & Country Club (KGCC), baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ahli Jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Azman Ibrahim.

Yakult (M) Sdn Bhd tampil selaku penaja utama manakala Rohm Wako Semiconductor adalah penaja bersama kejohanan ini.

Liga ini turut mendapat sokongan penajaan daripada Klinik Pergigian Ar-Rizqin, Nasrom Motor Perodua Kubang Kerian, Butik Fashionista dan Joynal Jaya Construction.

Sementara Freshlife Water Resources turut menaja
air minuman mineral sepanjang kejohanan dan D’s Hampers menaja
hamper setiap perlawanan.

Pakaian rasmi ditaja oleh Prestige Sport Sdn Bhd menerusi jenama Lotto manakala Dunia Warriors, Gawang.my dan Cinematography Studio dipilih sebagai media rasmi kejohanan.

Beliau yang juga penasihat kejohanan memberitahu, perlawanan liga akan berlangsung setiap pagi Jumaat melibatkan empat pasukan daripada dua kumpulan berbeza.

“Bagi TRWCC, penganjuran liga ini diharap dapat melahirkan pemain
pelapis berkualiti khususnya di Kelantan sekaligus membantu meningkatkan pembangunan sukan
bola sepak dalam kalangan pelajar bawah umur hingga ke peringkat lebih tinggi.

“Orang ramai khususnya peminat sukan bola sepak di Kota Bharu dijemput hadir beramai-ramai untuk
menyaksikan perlawanan pada setiap pagi Jumaat di lokasi tersebut secara percuma,” ujarnya lagi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: