Tuah sepakan penalti pastikan Empire Gemuruh johan B16 Tahun

Scroll down to content


EGFC juara Kejohanan 7S Terbuka Bawah 16 Tahun.

SEPERTI diramal, Kelab Bola Sepak Empire Gemuruh (EGFC) berjaya muncul juara Kejohanan 7S Terbuka Bawah 16 Tahun pada Sabtu lepas.


Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bolasepak Wat Siam Naka, Padang Terap itu, EGFC menewaskan KJFC dari Perlis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 masa sebenar.


Aksi tangkas penjaga gawang EGFC, Faris Irfan yang menafikan sepakan terakhir pihak lawan membolehkan anak didik Muhammad Rafiq Ishak menang bergaya sekali gus membawa pulang trofi kemenangan.


“Syukur Alhamdulillah, rezeki memihak kepada kami walaupun ada debaran pada sepakan penalti. Tahniah kepada pemain yang cukup komited dan ada semangat mencipta kejuaraan.


“Saya harap selepas ini kami terus sukses dan akan mengekalkan momentum pada perlawanan dan kejohanan yang akan datang,” ujarnya selepas perlawanan.

EGFC di bawah kendalian Muhammad Rafiq mampu pergi jauh dalam kejohanan lain selepas ini.


Dalam pada itu, Faris Irfan gembira kerana aksi penyelamatannya di depan pintu gol memberikan EGFC bergelar juara bagi musim ini.


“Kejayaan ini bukan saya seorang. Permainan bola sepak melibatkan kerjasama pasukan dan setiap orang harus diberi kredit dan kami perlu meraikan kemenangan ini.


“Terima kasih semua pada yang hadir dan menyokong perjuangan EGFC sehingga tamat perlawanan,” katanya.


Laluan EGFC ke perlawanan akhir cukup berliku kerana berdepan lawan yang cukup liat sehingga terpaksa berhempas pulas ke penentuan tendangan penalti.


Di aksi suku akhir, EGFC seri tanpa jaringan ketika berhadapan pasukan Mountain Eagle dari Kedah sebelum menang sepakan penalti.


Begitu juga ketika memasuki pertembungan separuh akhir bertemu Penang Free School dan tuah penalti memihak kepada EGFC.


Terdahulu, pada kempen saingan peringkat Kumpulan A, EGFC menang besar 6-0 ke atas RTJR diikuti menumpaskan ARH A 1-0 sebelum diikat tanpa jaringan dengan SWSK dalam aksi terakhir kumpulan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: