Risau Yusri berpanjangan

Scroll down to content
Pemain Perak II membantah keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan Kelantan, dalam aksi persahabatan di Kota Bharu, malam semalam. Foto: Kelantan FA

Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mengakui gusar dengan masalah kecederaan menimpa pemainnya menjelang sepak mula Liga Malaysia, hampir tiga minggu lagi.

“Sebenarnya saya agak risau andai kita terus kehilangan pemain akibat kecederaan dalam perlawanan persahabatan akan datang.

“Walaupun daripada satu sudut, saya bangga dengan keputusan perlawanan tetapi satu segi lagi saya agak gusar dengan masalah kecederaan,” katanya kepada Cakap Sukan selepas pertemuan menentang Perak II di Kota Bharu, semalam.

Skuad yang dijenamakan semula dengan jolokan Team Red Warriors setakat ini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan aksi persahabatan sepanjang persiapan pra musim mereka.

Terbaharu, Kelantan menewaskan Perak II 2-0 hasil sepakan penalti Rhulani Manzini pada minit ke-20 dan Nik Akif Syahiran Nik Mat (m-54).

Mengulas lanjut, jurulatih berasal dari Perlis itu menganggap pertemuan menentang Selangor di laman sendiri, Rabu ini ujian sebenar buat pasukannya.

“Ya (berdepan Selangor) itu sudah pasti kerana mereka adalah pasukan yang cukup gah dalam bola sepak Malaysia.

“Untuk membawa mereka ke sini merupakan satu perkara yang cukup positif buat Kelantan,” katanya lagi.

Rentetan itu, Yusri mahu anak buahnya memanfatkan pertemuan tersebut dengan beraksi sebaik mungkin bagi memantapkan persembahan pasukannya.

“(Berjumpa Selangor) kita akan menghadapi cabaran cukup sengit tapi kita perlukan keserasian dan saya harap mereka (pemain) lakukan lebih baik daripada sebelum ini,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: