PENYERANG berpengalaman Bayern Munich, Robert Lewandowski meledak hatrik terpantas dalam saingan Liga Juara-Juara yang membantu kemaraan pasukan ke pentas suku akhir menewaskan Red Bull Salzburg, 7-1.
Kemenangan tersebut memastikan mereka gah dengan keputusan agregat 8-2 dengan tumpuan terarah kepada Lewandowski yang meledak tiga gol dalam tempoh 11 minit.
Gol pertama dan kedua Lewandowski dijaringkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-12 dan ke-21, diikuti satu lagi gol apabila permainan memasuki minit ke-23.
Tiga gol ini sekaligus membuatkan penyerang Poland ini mengungguli senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 jaringan memintas rekod penyerang Ajax, Sebastian Haller yang mengumpul 11 ??gol yang hanya akan bermain perlawanan kedua minggu depan.






Add Comment