Bola Sepak

Kejuaraan B-23 ; Lima pemain baharu dipanggil sertai kem latihan pusat


Barisan pemain B23 kini menjalani kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kejohanan di Kemboja.

LIMA pemain baharu dipanggil menyertai menyertai kem latihan pusat menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.

Mereka termasuk yang berada di dalam senarai bersedia iaitu K Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal dengan mereka sudah memulakan latihan bersama skuad pada 27 dan 28 Januari lalu.

Dua lagi pemain baharu dari Negeri Sembilan FC, A Selvan dan N Javabilaarivin akan menyertai latihan bersama pasukan bermula hari ini.

Sebelum ini, Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney memanggil 30 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 27 Januari lalu bagi melakukan persiapan awal untuk menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022.

Skuad B-23 negara dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari ini bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B iaitu menentang Myanmar pada 15 Februari sebelum berdepan Laos dan Indonesia pada 18 Februari dan 21 Februari.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment