
BEKAS pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Fazly Mazlan kini menjadi rekrut terbaharu Selangor FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Fazly yang merupakan anak jati kelahiran Klang, Selangor menyertai JDT sejak tahun 2015 dengan 36 penampilan bermain di posisi pertahanan kiri sebelum di pinjamkan ke Sri Pahang FC musim lalu.
Fazly atau mesra dikenali sebagai BJ sejak dibangku sekolah, telah melakukan debut bersama pasukan senior Harimau Malaya pada November 2015 sewaktu usianya 21 tahun dan merupakan antara pemain muda yang berjaya membuat 15 penampilan pada ketika itu.
“Selangor FC dan saya memiliki misi yang sama iaitu kami ingin menang sesuatu di sini, InshaaAllah saya akan buat yang terbaik untuk kelab ini bagi mencapai misi tersebut.
“Saya berharap para penyokong akan terus berikan sokongan kepada pasukan walaupun ketika kami jatuh kerana itu adalah pembakar semangat untuk kami terus berjuang,” ujarnya selepas diperkenalkan secara rasmi menerusi kenyataan media Selangor FC.
Fazly merupakan pemain terbaru kelima yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdelrahman dan Zahril Zabri.











Add Comment