Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Hati saya hampir pecah – Ketua Umum PSSI


Reaksi Mochamad Iriawan (depan) ketika menyaksikan perlawanan Indonesia menentang Singapura malam tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mengakui hatinya “hampir pecah” ketika menyaksikan aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2020 menentang Singapura malam tadi.

Ujarnya ketika tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti dipenghujung perlawanan merupakan detik yang tegang namun seronok untuk disaksikan.

”Hati saya nak pecah. Apabila kedudukan 2-2 dan Singapura mendapat penalti.  Nadeo Arga Winata menyelamatkan sepakan tersebut.

“Seronok dan tegang, Tahniah kepada semua pemain yang beraksi cemerlang sepanjang dua separuh akhir ini,” katanya dipetik menerusi laman rasmi PSSI.

Pada aksi tersebut. Indonesia terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk memastikan tiket ke final selepas menang 4-2 dan Sang Garuda melangkah ke pentas akhir dengan agregat 5-3 ke atas Singapura.

Tambahnya lagi, dia mahu pemain memberikan tumpuan penuh pada aksi final sama ada menentang Thailand mahupun Vietnam.

”Mesej saya. Tamat dua perlawanan di final dengan kemenangan. Thailand atau Vietnam menentang kami di final tiada masalah. Yang penting kekal fokus dan jangan alpa, kita mampu lakukan.

”Kali terakhir kami menjadi juara di ASEAN pada 1991. Itu juga di peringkat Sukan SEA. Dengan pemain dan jurulatih yang berkelayakan, sudah tiba masanya untuk kami menjadi yang terbaik,” jelaasnya.

Untuk rekod pentas final Piala AFF 2020, merupakan kali keenam Indonesia melangkah ke final selepas sebelum ini pada 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: