
JAGUH keirin negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mara ke final acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Azizulhasni tenang menamtkan saingan separuh akhir di tempat pertama di hadapan pelumba Jerman Maximilian Levy dan Harrie Lavreysen (Belanda) yang turut bersaing merebut pingat di Stadium Izu selepas ini.
12 pelumba bersaing dalam aksi separuh akhir dengan dua saringan (enam pelumba setiap saringan) dan tiga pelumba teratas setiap saringan layak ke final.





Add Comment