Olimpik 2020

April Ross ‘nikmati’ Olimpik ketiga dengan pingat emas


Ross (kiri) bersama pasangannya ketika aksi di Tokyo.

PEMAIN bola tampar pantai Amerika Syarikat April Ross akhirnya berjaya memenangi pingat emas pada percubaan ketiga di pentas Olimpik selepas bertarung hampir sedekad.

Dalam perlawanan akhir acara bola tampar pantai wanita di Shiokaze Park menyaksikan Ross dan pasangan baharunya, Alix Klineman menewaskan pasangan Australia Mariafe Artacho del Solar danTaliqua Clancy 2-0 untuk memperolehi emas.

Ross yang memenangi pingat perak bersama Jen Kessy di  London 2012 dan pingat gangsa berpasangan dengan Kerri Walsh Jennings di temasya Rio 2016, melengkapkan koleksi pingatnya dan menjadi pemain bola tampar pantai pertama yang memenangi pingat dengan tiga gandingan berbeza.

Pada usia 39 tahun, Ross juga adalah pemenang pingat emas Olimpik tertua dalam sukan bola tampar pantai ini dengan berjaya memecahkan rekod pasangannya pada temasya di Rio.

Ross dan Alix meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Ianya satu pertandingan yang sukar. Untuk kami berada disini dan untuk melakukan perkara ini dalam temasya ini sangat membanggakan. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang membantu kami sampai ke tahap ini. Untuk akhirnya memenangi pingat emas, ianya sangat mengujakan” kata Ross selepas perlawanan.

Amerika Syarikat telah memenangi setiap pingat emas acara bola tampar pantai yang dipertandingkan sejak sukan ini diperkenalkan pada Temasya Atlanta 1996.

Sikap tidak mudah putus asa dan azam yang tinggi  Ross ini seharusnya dijadikan contoh oleh atlet tempatan dan mereka yang bakal menceburkan diri dalam bidang sukan.


Add Comment

Click here to post a comment