Bola Sepak

Penyu waspada kebangkitan Seladang


Barisan pemain TFC gigih menjalani latihan menjelang aksi menentang Perak FC , malam ini.

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain pula mahu barisan pemain sentiasa waspada dengan ancaman Perak FC yang kini hadir dengan pemain import baharu sambil menyifatkan ia akan menjadi perlawanan yang sukar pada malam nanti.

Beraksi selaku tuan rumah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu,  Nafuzi enggan melihat kedudukan liga ketika ini sebagai ukuran untuk mereka berasa selesa meskipun skuad kendalian Chong Yee Fatt kini di tangga kelapan dan mahu pasukannya lebih serius untuk menghadapi lawan yang mungkin akan mencipta kejutan.

“Kita juga ada pemain baharu, begitu juga dengan Perak yang turut merombak beberapa pemain dan saya yakin mereka lebih bermotivasi kali ini untuk mempamerkan aksi terbaik.

“Jadi, saya tidak mahu pemain mengambil mudah aksi pada malam ini walaupun kita sekarang di tangga kedua liga, dan apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Saya tetap beritahu pemain-pemain saya untuk mereka sentiasa berwaspada dengan setiap ancaman dan tidak boleh selesa dengan kemenangan-kemenangan yang pernah kita raih sebelum ini”, katanya.


Add Comment

Click here to post a comment