
KETUA jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak menyifatkan pertembungan dengan Selangor FC dalam aksi ‘derby’ Lembah Klang malam ini pastinya sengit.
Ini kerana baik Selangor atau Kuala Lumpur, Hodak melihat tiada pasukan yang sepatutnya dilabel sebagai pasukan pilihan atau tidak kerana persediaan yang lebih berbeza pasti telah dilakukan dalam tempoh Liga Malaysia berehat sebelum ini.
“Untuk saya, kali ini tiada pasukan yang patut kita lihat pasukan pilihan atau pasukan bukan pilihan, semuanya sama sahaja kerana semua pasukan ada melakukan perubahan.
“Kami beraksi di laman sendiri malam esok, jadi saya harap ia akan lebih membawa tuah kepada kita untuk mengutip tiga mata nanti.
“Secara keseluruhan, saya gembira dengan pasukan saya dan saya juga ada lebih ramai pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama di mana mereka semuanya berada dalam keadaan yang baik sekarang,” jelasnya.





Add Comment