Bola Sepak

Misi balas dendam


Sabah FC mengadakan perlawanan persahabatan menentang JDT II baru-baru ini.

THE Rhinos mahu menjadikan kehadirannya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diakhiri dengan kejayaan meraih tiga mata penuh apabila berdepan dengan pasukan tuan rumah, PJ City FC, malam ini.

Keyakinan dan harapan ini disandarkan kepada beberapa siri perlawanan persahabatan dan latihan yang dirancang sepanjang tempoh Liga Malaysia berehat hampir dua bulan.

Sabah FC tewas 0 – 1 kepada PJ City FC dalam pusingan pertama 13 Mac lalu di Stadium Likas dan kekalahan tipis itu menjadi pengajaran kepada anak-anak buah Kurniawan dan nekad untuk tidak mengulangi kesilapan.

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata semua pemain kini berada dalam tahap kecergasan 100 peratus dan ini merupakan penyumbang utama bagi misi mencapai kemenangan esok.

Katanya tempoh rehat panjang hampir dua bulan dimanfaatkan sepenuhnya skuad sang badak dengan latihan dan perlawanan persahabatan untuk mencapai sasaran kemenangan esok bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super 2021.

“Saya melihat semua pemain sangat bersemangat dan dahagakan kemenangan untuk perlawanan malam esok (Sabtu) dan mengharapkan semua yang dirancang mampu dilakukan sebaik mungkin oleh para pemain dalam perlawanan esok.

“Kita sudah bersiap sedia mencipta kemenangan malam ini. Ini janji kita kepada pihak pengurusan Sabah FC. Lagi pun kita sudah mempunyai tempoh rehat yang secukupnya dengan mengadakan beberapa siri perlawanan untuk menguji tahap keserasian pemain,” katanya.

Sabah FC tewas 0 – 1 kepada PJ City FC dalam pusingan pertama 13 Mac lalu di Stadium Likas dan kekalahan tipis itu menjadi pengajaran kepada anak-anak buah Kurniawan dan nekad untuk tidak mengulangi kesilapan.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: