Antarabangsa

Ramos kini pemain Paris Saint-Germain


Ramos diperkenalkan pemain baharu Paris Saint-Germain. Foto: Twitter PSG

PARIS Saint-Germain (PSG) mengikat Sergio Ramos dengan kontrak dua tahun.

Pertahanan Sepanyol yang tidak tersenarai dalam skuad Luis Enrique pada kempen Euro 2020 itu merupakan pemain bebas selepas 16 tahun bersama Real Madrid.

“Saya sangat gembira menyertai Paris Saint-Germain.

“Ia merupakan perubahan besar dalam hidup saya, cabaran baharu dan hari yang tidak akan saya lupakan.

“Saya mahu terus berkembang bersama Paris dan membantu rakan pasukan meraih gelaran.”

 

Sementara itu, pemilik kelab Nasser Al-Khelaifi menambah: “Sergio adalah seorang pemain bola sepak yang sempurna, antara yang terbaik dalam sejarah.

“Dia dilahirkan sebagai pesaing, ketua dan seorang profesional. Pengalaman hebat dan cita-citanya sangat sempurna dengan kelab ini.”

Ramos berpisah dengan Real Madrid musim ini selepas dia tidak bersetuju dengan tawaran baharu di Bernabeu.

Real Madrid pula enggan menerima permintaan pemain berusia 35 tahun itu yang mahukan kontrak selama dua tahun, sebaliknya hanya setahun sahaja ditawarkan mengambil kira faktor usia.

 

 

 

 

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment