Antarabangsa

Neymar perli CONMEBOL


Image

NEYMAR tanpa selindung tidak bersetuju tindakan CONMEBOL yang menggantung rakan sepasukannya dari Brazil, Gabriel Jesus untuk final Copa America 2021 pada Ahad ini menentang Argentina.

Jesus ditunjukkan kad merah pada suku akhir menentang Chile kerana sepakan terbang ke wajah Eugenio Mena. Penyerang itu meminta maaf selepas permainan dan mengatakan tendangan itu tidak disengajakan.

Selepas Jesus terlepas kemenangan separuh akhir Brazil ke atas Peru, CONMEBOL  terus mengumumkan pada hari Selasa pemain itu akan digantung permainan tambahan dan tidak akan dapat mengemukakan rayuan.

Neymar menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan itu dalam Instagramnya, dengan mengatakan: “Sangat menyedihkan orang yang membuat keputusan seperti ini.”

Bintang PSG itu menambahkan dengan sindiran yang jelas: “Mereka membuat analisis yang indah dari drama ini. Kita mesti mengucapkan tahniah kepada mereka.”

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: