
JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dipilih sebagai pembawa bendera baharu kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM yang dipengerusikan presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, hari ini.
MOM menjelaskan keputusan itu dibuat susulan atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad yang dipilih sebelum ini, terpaksa menolak pemilihan berkenaan.
“Lembaga Eksekutif MOM bersetuju mencalonkan Lee Zii Jia, 23 tahun, sebagai pembawa bendera untuk Sukan Olimpik di Tokyo akan datang.
“Zii Jia dipilih antara atlet lelaki yang akan berada di Tokyo ketika upacara pembukaan Sukan Olimpik. Dia mewakili atlet Olimpik generasi masa depan dan juga harapan meraih pingat,” ujar kenyataan yang dikeluarkan MOM, hari ini.





Add Comment