
SKUAD Itali tampil cukup meyakinkan pada edisi EURO 2020 dan sudah memastikan layak ke Pusingan 16 terbaik. Bagaimanapun, Gary Neville meluahkan kebimbangan mengenai pencapaian Gli Azzurri.
Itali menang besar 3-0 masing-masing ke atas Turki dan Switzerland dalam Kumpulan A. Kemenangan itu membolehkan pasukan bimbingan Roberto Mancini muncul pasukan pertama ke peringkat seterusnya.
Selain itu, Ciro Immobile juga memastikan mereka tidak kalah dalam 29 perlawanan berturut-turut.
Namun bekas pemain pertahanan antarabangsa England menilai Itali belum lagi bertemu lawan sebenar dan benar-benar menguji kekuatan mereka.
“Masalah terbesar buat Itali adalah mereka belum benar-benar diuji. Maksud saya, ketika melawan Wales nanti, anda boleh beranggapan bahawa mereka akan menurunkan pasukan yang lebih lemah kerana sudah layak.
“Tapi mungkin mereka akan membariskan pasukan terbaik, sebab dua aksi setakat ini belum benar-benar menguji mereka. Lihat saja Switzerland, mereka tidak dapat keluar langsung. Jalan keluar dari kotak penalti, bolanya pula datang kembali. Memalukan,” ujar Gary Neville kepada ITV yang dipetik Metro.
Untuk rekod, kekalahan terakhir yang ditelan Itali adalah di tangan Portugal pada September 2018, dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.






Add Comment