
BEKAS pemain beregu badminton Indonesia Markis Kido dilaporkan meninggal dunia dipercayai terkena serangan jantung pada Isnin.
Menurut laporan yang dipetik dari CNNIndonesia, Kido,36, mengalami serangan jantung ketika bermain badminton di Tangerang.
BREAKING NEWS!! Telah meninggal dunia salah satu pebulutangkis terbaik tanah air “Markis Kido”??? Semoga amal dan ibadahnya diterima disisi Tuhan YME!! Amin ??? Selamat jalan Markis Kido…
— YUNI KARTIKA (@YuniKartika73) June 14, 2021
Lebih sedekad lalu, pemain kelahiran Jakarta ini antara pemain badminton dunia yang disegani dengan merangkul pelbagai gelaran juara di peringkat dunia dan paling dikenang berjaya meraih pingat emas Sukan Olimpik, Beijing 2008 bersama pasangannya Hendra Setiawan.

Manakala kejuaraan Sukan Asia 2010 di Guangzhou pasangan ini meraih pingat emas apabila menewaskan pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
Pada 2011, Kido dan Hendra turut meraih pingat emas pada Sukan SEA, Palembang dalam acara lelaki berpasukan.





Add Comment