
“PERJALANAN masih jauh”, itulah reaksi pengendali Itali, Roberto Mancini selepas skuad bimbingannya meraih kemenangan pada aksi pembuka tirai Euro 2020 dalam Kumpulan A menewaskan Turki, 3-0 , di Stadium Olimpico, pagi tadi.
Ujarnya bekas pengendali Manchester City itu, penting untuk mereka bermula dengan baik di Rom dan saya fikir ia memberi kepuasan kepada penyokong dan rakyat Itali.
“Kami bermain dengan baik, termasuk babak pertama biarpun kami gagal menjaringkan gol. Menentang pasukan yang hebat selain penyokong juga memainkan peranan membantu kami.
“Ia hari yang indah, saya berharap akan ada lagi kemenangan selepas ini, tetapi kami perlu mengharungi enam lagi perlawanan untuk ke Wembley,” katanya.





Add Comment