Antarabangsa Bola Sepak

Andrea Agnelli penipu !


PRESIDEN UEFA, Aleksander Ceferin telah mengingatkan kelab-kelab ‘pemberontak’ dan pemilik eksekutif bahawa mereka akan menghadapi ‘akibatnya’ atas pembatalan projek Liga Super Eropah , termasuk bos Juventus, Andrea Agnelli yang didakwanya sebagai pembohong.

“Saya belum pernah melihat seseorang yang kerap berbohong dan keras kepala,” kata Ceferin.

Kegagalan projek pembentukan Liga Super sebagai saingan Liga Juara-Juara milik UEFA membuatkan Ceferin kini berani bersuara mewakili autoriti bola sepak benua itu.

Sementara itu, Juventus membantah laporan mengenai pengunduran Agnelli sebagai presiden kelab dalam waktu dekat.

Laporan Tuttosport menulis, Agnelli tidak memiliki sebarang risiko kehilangan pekerjaannya.


Add Comment

Click here to post a comment