
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai rasmi nama 27 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres FAM Ke-57 pada 13 Mac 2021 bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, kesemua 20 ahli gabungan FAM telah diberi masa selama 30 hari iaitu dari 13 Januari 2021 hingga 11 Februari 2021 untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).
Selepas tarikh akhir pada 13 Januari 2021, jumlah calon yang diterima adalah seramai 34 orang tetapi hanya 28 orang calon yang telah diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki enam orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 27, perenggan 4, Statut FAM Edisi 2020.
“Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan, jawatan Naib Presiden memerlukan empat pencalonan manakala jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif memerlukan dua pencalonan.
“Selepas tarikh akhir untuk calon-calon berkenaan mengembalikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan tersebut pada jam 5.30 petang semalam (Jumaat, 26 Februari 2021), 27 orang calon telah menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi jawatan yang dinyatakan dan satu (1) telah menolak pencalonan beliau,” ujarnya menerusi kenyataan media dikeluarkan FAM, sebentar tadi.
Katanya, pada masa yang sama, proses saringan integriti yang dilakukan oleh Unit Integriti FAM membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia telah mendapati bahawa kesemua 27 orang calon berkenaan lulus saringan tersebut.
“27 orang calon yang layak bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 mengikut komposisi jawatan yang ditetapkan iaitu seorang Presiden, dua orang Timbalan Presiden, empat orang Naib Presiden dan 10 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif termasuk dua kerusi diperuntukkan untuk wanita,” katanya.
SENARAI NAMA CALON BAGI PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM UNTUK PENGGAL 2021 – 2025
PRESIDEN (1 kerusi)
NAMA CALON
1. YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin
2. TIMBALAN PRESIDEN (2 kerusi)
NAMA CALON
1. YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi
2. YH Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
3. NAIB PRESIDEN (4 kerusi)
1. Encik Mohd Firdaus bin Mohamed
2. YBhg. Datuk Haji Rosmadi bin Ismail
3.Ybhg. Dato’ Posa bin Haji Majais
4. Encik Mohd Joehari bin Mohd Ayub
5. YH Dato’ Sri Haji Afandi bin Hamzah
4. AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF (8 kerusi)
NAMA CALON
1. YBhg. Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya
2. YBhg. Dato’ Jefferey Low Han Chau
3. Encik Christopher Raj Aralanthu
4. YBhg. Dato’ Sri Shahril bin Mokhtar
5. Tuan ACP (B) Md Dali bin Wahid
6. YBhg. Dato’ Kamarul Ariffin bin Mohd Shahar
7. YBhg. Dato’ Aminuddin bin Omar
8. Encik Saaran a/l Nadarajah
9. YBhg. Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah
10. YBhg. Dato’ Shaari bin Mat Hussain
11. Encik Abdul Aziz bin Yeop Jamaludin
12.Tuan ACP Zulkefly bin Yahya
13. Encik Syed Yazid bin Syed Omar
14. YBhg. Datuk Muhammad Yadzan bin Mohammad
15. YB Mohd Firdaus bin Ahmad
16. Encik Mohd Yusuri bin Yusof
17. YBhg. Datuk Haji Kamarudin bin Haji Hassan
AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF – WANITA (2 kerusi)
NAMA CALON
1. YB Dato’ Suraya binti Yaacob
2. Dr Siti Faidul Maisarah binti Abdullah





Add Comment