
JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang memohon rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dirinya dan keluarga di Melbourne, Australia.
Memetik ciapan Twitter terkini beliau sebentar tadi, tempat latihannya di Melbourne sedang menjalani snap lockdown (Stage 4 Restrictions) yang bermula pada pukul 11.59 tengah malam.
“Just (hanya) nak share (kongsi) dengan korang semua berita yang agak kurang gembira.
“Malam semalam (Jumaat) gara-gara ada beberapa kes baru dicatatkan terutamanya dari pekerja di Tullamarine Airport.
“Snap lockdown ini adalah selama lima hari dan keputusan akan di buat berdasarkan maklum balas ujian Covid sama ada akan dilanjutkan atau sebaliknya.
“Diharap anda semua dapat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya dan keluarga disini. Terima Kasih semua,” kata Azizulhasni.





Add Comment