Bola Sepak Terkini

Harimau Kumbang sedia buktikan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENDATANG baharu Liga Super 2021, Penang FC tampaknya begitu serius dengan kemasukan beberapa pemain berkualiti untuk mencabar pesaing lain dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Kembali mewarnai saingan Liga Super musim ini, mereka membawa masuk sejumlah pemain baharu untuk mengukuhkan pasukan.

Pemain-pemain baharu itu dilihat bukanlah semata-mata tangkap muat, tetapi nampak seakan-akan ianya telah dirancang awal selepas mereka sah kembali ke Liga Super.

TARUHAN  IMPORT

Antara pemain baharu yang telah sah menyertai pasukan adalah pemain import, Ryuji Utomo dan Sheriddin Boboev serta beberapa kelibat pemain tempatan.

Ryuji Utomo adalah pertahanan kacukan Indonesia-Jepun yang dipinjam daripada kelab dari Indonesia, Persija Jakarta, sementara penyerang muda, Sheriddin Boboev pula telah dibawa masuk daripada kelab gergasi di Tajikistan Higher League, FC Istiklol.

Ryuji Utomo merupakan pemain Persija sejak 2017 dan hanya sempat membuat dua penampilan musim ini sebelum Liga 1 Indonesia terhenti akibat pandemik COVID-19. Situasi semasa liga yang dikatakan bakal terus digantung 2021, pemain ini akhirnya terpaksa dipinjamkan keluar untuk mendapatkan aksi.

Sheriddin Boboev

Sheriddin Boboev pula hadir dengan reputasi penyerang muda yang memiliki rekod jaringan memberangsangkan.  Penjaring terbanyak Tajikistan Higher League musim 2019 dan telah merekodkan 41 gol dalam 70 penampilan bersama FC Istiklol.

Kedua-duanya bakal melengkapkan gandingan lima pemain import bersama-sama tiga pemain yang dikekalkan pada musim lalu iaitu penyerang sensasi dan penjaring terbanyak Liga Premier 2020, Casagrande, Endrick dos Santos dan Rafael Vitor.

KHIDMAT PEMAIN TEMPATAN

Untuk pemain tempatan, setakat ini, Penang FC telah mengumumkan beberapa pemain iaitu dari Selangor 2, Quentin Cheng,  Danial Ashraf, Azwan Aripin dan Khairul Asyraf Ramli (Kelantan), Fadhil Idris (FELDA United), C. Suwarna Raj (Perak II) dan penjaga gol, Bryan See Tian Keat (PDRM) selain Jafri Firdaus Chew.

Jafri Firdaus Chew kembali ke pangkuan Penang FC selepas meninggalkan pasukan pada musim 2018 untuk bersama PKNS FC. Musim lalu, beliau langsung tidak beraksi apabila telah dilepaskan Kedah selepas diumumkan sebagai pemain baharu mereka.

Ini merupakan musim pertama Penang FC bersaing di Liga Super dan melihatkan persediaan mereka setakat ini, ia boleh dikatakan menarik apabila telah membawa masuk pengendali berasal dari Republik Czech, Tomas Trucha sebagai pengganti Manzoor Azwira yang tiada Lesen Pro A yang diwajibkan kepada pengendali pasukan.

Dibantu Manzoor Azwira, pastinya kerjasama dengan pemain lama yang dibentuk akan memberikan lebih banyak pilihan dalam membentuk keserasian dan membuktikan kehadiran HARIMAU KUMBANG bukanlah sekadar pelengkap pasukan dalam Liga Super.

PEMAIN TUMPUAN

  • Sheriddin Boboev / Casagrande (Penyerang)
  • Jafri Firdaus Chew (Penyerang)

PENCAPAIAN MUSIM LALU 

  • Juara Liga Premier 2020

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading