Bola Sepak Terkini

Tokoh bolasepak Malaysia kongsi ilmu bersama Klinik Bola Sepak X Warriors FC


PROGRAM Klinik Bola Sepak X Warriors FC telah dilaksanakan pada 9 Ogos 2026 di Padang C, Presint 5 (PICC), Putrajaya dimeriahkan dengan kehadiran tokoh bola sepak Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan pemain muda, Dato’ Richard Scully sudi berkongsi  ilmu serta latihan praktikal bersama pemain dan barisan kejurulatihan kelab.

Sepanjang sesi, peserta diberikan pendedahan berkaitan teknik asas permainan, kawalan bola, koordinasi, pergerakan pemain dan kaedah latihan yang boleh membantu meningkatkan kefahaman serta kualiti permainan dan pendekatan secara praktikal membolehkan pemain menerima tunjuk ajar secara terus di atas padang.

Menerusi program yang dilaksanakan, peserta memperoleh pengetahuan dan pendedahan baharu berkaitan teknik serta asas permainan bola sepak, memahami kepentingan disiplin, komunikasi, koordinasi dan kerjasama dalam pasukan.

Klinik Bola Sepak X Warriors FC  ini juga memberikan keyakinan dan motivasi pemain dapat dipertingkatkan melalui bimbingan secara langsung di atas padang.

Turut mendapat manfaat adalah barisan kejurulatihan yang memperoleh input tambahan yang boleh disesuaikan dalam perancangan latihan kelab selain mengeratkan hubungan antara pemain, jurulatih dan pengurusan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

Secara keseluruhannya, Program Klinik Bola Sepak X Warriors FC telah dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat kepada pemain serta barisan kejurulatihan.

Program ini bukan sahaja meningkatkan pendedahan teknikal pemain, malah membantu membina motivasi, disiplin dan kefahaman mereka terhadap proses pembangunan seorang pemain bola sepak.

X Warriors FC berharap program pembangunan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha kelab untuk membangunkan bakat bola sepak akar umbi serta melahirkan pemain yang berkemahiran, berdisiplin dan mampu bersaing pada tahap yang lebih tinggi.

X Warriors FC (XWFC) merupakan sebuah kelab bola sepak yang ditubuhkan pada tahun 2024 dan memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak akar umbi, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kelab menyediakan platform latihan yang tersusun dengan penekanan kepada pembangunan kemahiran teknikal, kecergasan, disiplin, semangat berpasukan dan pembentukan sahsiah pemain.

Selain latihan berkala, X Warriors FC turut aktif menyertai liga dan kejohanan serta melaksanakan program pembangunan seperti klinik bola sepak. Program sebegini memberi peluang kepada pemain dan jurulatih menerima pendedahan daripada individu yang berpengalaman dalam pembangunan serta pendidikan kejurulatihan bola sepak.


Add Comment

Click here to post a comment