LANGKAWI – Bekas Jurulatih import Kedah, Robert Alberts bersama tiga lagi tonggak import skuad Hijau Kuning musim 1993 diketuai Olubunmi Adigun,Peter Neiketein dan Tibor Szaban mengesahkan kehadiran mereka pada Langkawi Merdeka Cup Nostalgia 1993 yang akan berlangsung di Stadium LADA, Langkawi pada 29 Ogos 2026.
Pengerusi penganjur, Dato' Zuraidi Rahim, berkata kehadiran legenda-legenda itu bakal mengubat kerinduan penyokong yang pernah menyaksikan kegemilangan Kedah pada era 1990-an, selain memberi peluang kepada mereka bertemu semula idola selepas lebih tiga dekad.
Menurut beliau, kejohanan tersebut bukan sekadar perlawanan nostalgia, malah menjadi platform menghimpunkan semula legenda bola sepak Malaysia dan Singapura dalam semangat persahabatan serta menghargai jasa pemain-pemain yang pernah mewarnai arena bola sepak serantau.
TagsRobert Alberts










Add Comment