Antarabangsa Golf Terkini

PNAGS 2026 Jadi Pemangkin Pelancongan Sukan Sempena Tahun Melawat Malaysia

Perodua berbangga menerajui PNAGS dengan menyediakan platform yang kompetitif dan inklusif

EDISI ke-6 Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) 2026 telah dilancarkan di Templer Park Country & Golf Club, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan golf sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Majlis pelancaran telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II), Tourism Malaysia, YBrs. Encik Lee Thai Hung, , yang turut menyampaikan ucaptama.

Dalam `ucapannya, beliau menekankan PNAGS sebagai platform strategik yang memperkasakan komuniti golf Malaysia di samping mengukuhkan kedudukan negara sebagai penganjur acara sukan bertaraf dunia.

Kejohanan ini akan menjelajah ke 14 negeri di seluruh Malaysia. Lima juara dari setiap negeri akan beraksi pada peringkat akhir kebangsaan di Desaru Coast, Johor dari 23 hingga 31 Oktober, World Amateur Golf Championship (WAGC) yang dijangka menghimpunkan lebih 600 pemain dari 45 negara, sekali gus menjadikannya antara kejohanan golf amatur paling berprestij di dunia.

Pengerusi Perodua, Asmat Kamaludin, berkata PNAGS merupakan platform efektif untuk mempromosikan pelancongan sukan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurutnya, kehadiran ratusan pemain bersama pasukan dan ahli keluarga memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.

Sebagai penaja utama, Perodua berbangga menerajui PNAGS dengan menyediakan platform yang kompetitif dan inklusif kepada pemain golf amatur di seluruh negara, sambil menyumbang kepada kebanggaan negara serta agenda pelancongan Malaysia..

Turut hadir ialah Presiden WAGC Isac Saminathan dan Presiden Malaysian Golf Association (MGA), Mohd Anwar Mohd Nor.

Isac menjelaskan setiap lokasi kejohanan akan memilih lima pemain terbaik untuk beraksi di pusingan akhir di Templer Park sebelum lima pemain terbaik negara dipilih mewakili Malaysia ke Desaru.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading