Bola Sepak Terkini

MILO Malaysia dan FAM Anjur Edisi Keempat FAM-MILO Ultimate Experience

Program ini turut dihadiri oleh tiga pemain skuad futsal Malayan Tigress, Intan Sarah Anisah Zulgafli, Fatin Shahida Azmi & Ayuna Anjani Lamsin.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan MILO meneruskan inisiatif untuk membangunkan akar umbi bola sepak negara dengan menganjurkan edisi keempat FAM-MILO Ultimate Experience pada hujung minggu lalu.

Pada hari pertama, seramai 81 peserta kanak kanak yang terdiri daripada 36 lelaki & 45 perempuan yang berusia 7 hingga 17 tahun diberikan peluang untuk merekodkan pengalaman manis untuk melihat sendiri pengurusan bola sepak di dalam ibu pejabat badan induk bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Pemain-pemain muda terpilih ini juga berpeluang untuk menjalani latihan bersama Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Joel Cornelli dan Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-16, Leila Chua serta jurulatih-jurulatih berpengalaman selain melihat unit-unit di ibu pejabat FAM seperti Unit Pengadil FAM, Unit Pertandingan FAM, gim FAM serta kemudahan-kemudahan lain di pejabat FAM.

Selain itu, program ini turut dihadiri oleh tiga pemain skuad futsal Malayan Tigress, Intan Sarah Anisah Zulgafli, Fatin Shahida Azmi & Ayuna Anjani Lamsin.

FAM dan MILO berharap menerusi pengalaman selama satu hari ini dapat menjadi inspirasi dan motivasi buat pemain-pemain muda ini untuk meneruskan cita-cita mereka di dalam arena bola sepak negara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading