
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius laporan mengenai insiden melibatkan wartawan sukan, saudara Haresh Deol, yang didakwa telah diserang oleh dua lelaki di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa, 26 November 2025.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, FAM mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, intimidasi atau ancaman terhadap mana-mana individu, termasuk para wartawan yang memainkan peranan penting dalam ekosistem sukan negara.
FAM juga ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan agresif atau cubaan menghalang tugas profesional wartawan adalah tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mencerminkan semangat kesukanan serta nilai integriti yang diperjuangkan oleh badan induk ini.
FAM berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan memastikan keadilan ditegakkan.
Pada masa sama, FAM akan terus bekerjasama rapat dengan pengamal media serta memastikan ruang yang selamat, profesional dan saling menghormati diwujudkan antara semua pihak yang terlibat dalam industri sukan negara.







Add Comment