
KETUA Jurulatih Nepal, Hari Khadka tetap berpuas hati dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya walaupun tewas 0-1 menentang Malaysia dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
Jelasnya, pasukan bermain dengan baik dan mengikut perancangan serta bekerja sebagai satu unit.
“Secara keseluruhan, saya gembira kerana pemain berusaha gigih sehingga saat terakhir. Mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi dan itu amat menggembirakan saya,” ujarnya.
Pada perlawanan tersebut, Nepal berjaya mengekang asakan tuan rumah sepanjang babak pertama untuk mengekalkan kedudukan 0-0, sebelum gawang dikawal penjaga gol berpengalaman, Kiran Kumar Limbu akhirnya dibolosi pada minit ke-55 menerusi Faisal Halim.
Nepal kini bakal berdepan Laos pada 31 Mac tahun depan, selepas tewas 2-1 kepada lawan sama dalam aksi kumpulan pada Jun lalu.











Add Comment