Antarabangsa Harimau Malaya Terkini

Cklamovski bangga karektor Harimau Malaya

Kami menamatkan 2025 tanpa kalah dan saya dimaklumkan ia sesuatu yang sudah lama tidak berlaku

Faisal Halim meledak gol tunggal memastikan kemenangan Harimau Malaya.

PENGENDALI  Harimau Malaya, Peter Cklamovski ternyata bangga terhadap komitmen serta karakter dipamerkan barisan pemainnya setelah berjaya menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tegasnya, dia bangga dapat mengendalikan pasukan ini dan mereka memberikan inspirasi sebagai pemain dan sebagai sebuah pasukan.

“Kami beraksi dengan penuh tumpuan malam ini dan itu membantu kami meraih tiga mata untuk negara. Sudah tentu kami mahukan lebih jaringan… kami mencipta beberapa peluang baik dan saya percaya kami layak untuk kemenangan ini.

“Kami menamatkan 2025 tanpa kalah dan saya dimaklumkan ia sesuatu yang sudah lama tidak berlaku… mungkin 30 atau 40 tahun. Ini menunjukkan pasukan ini istimewa dan saya amat berbangga dengan mereka,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Faisal Halim menjadi wira apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-55 yang berjaya menyudahkan hantaran menarik daripasa Safawi untuk meletakkan Harimau Malaya di depan.

Mengulas  kehilangan tonggak utama, Arif Aiman Hanapi yang terpaksa dikeluarkan seawal minit kesembilan akibat kecederaan situasi itu, Cklamovski mengakui keputusan berkenaan sukar.

“Sangat mengecewakan, tetapi saya harap dia okey. Saya belum mendapat perkembangan perubatan terkini. Apa pun, ini mengajar kami bahawa pasukan tidak boleh bergantung kepada seorang pemain.

“Mickey (Faisal) atau sesiapa saja yang dimasukkan, mereka tahu peranan serta tanggungjawab yang harus dipikul. Walaupun situasi itu menyedihkan, pemain menunjukkan karakter yang amat baik,” katanya.

Skuad negara kini mengalihkan fokus kepada pertembungan penentu menentang Vietnam pada aksi terakhir kumpulan, 31 Mac tahun depan, perlawanan yang bakal menentukan kedudukan Harimau Malaya dalam perebutan tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading