
KEJOHANAN Golf Remaja Antarabangsa SportExcel-KLGCC yang julung kali diadakan bakal membuka peluang besar kepada juara keseluruhan dengan penyertaan terus ke Jelajah Pembangunan Asia 2025, Singapore Ladies Masters 2025 dan Next Gen World Finals 2025.
Bermula 16 hingga 19 Julai di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), kejohanan ini menghimpunkan 108 pemain remaja dari 10 negara termasuk Australia, United Kingdom, Norway, Thailand, Korea Selatan, China, India, Indonesia, Singapura dan Malaysia.. Ia juga menawarkan dua slot ke Bridgestone ASEAN Tour Grand Finals yang dijadualkan pada 31 Oktober 2025.
“Kejohanan ini menghimpunkan bakat-bakat junior terkemuka dari seluruh dunia dan menawarkan mata Kedudukan Golf Amatur Dunia (WAGR) serta peluang untuk mempromosikan pembangunan golf junior dan persahabatan antarabangsa,” kata Pengarah Eksekutif merangkap Pengerusi Penganjur SportExcel, C. Sivanandan semasa sidang media di sini hari ini.
Beliau menambah bahawa kategori kumpulan umur yang dipertandingkan oleh 76 pemain Lelaki dan 32 pemain Wanita adalah Lelaki A (19-23), Wanita A (19-23); Lelaki B (15-18), Perempuan (15-18); Lelaki C (13-14) dan Perempuan (13-14) tahun.
Pengarah Eksekutif SportExcel, C. Sivanandan berkata kejohanan ini memberi mata Kedudukan Golf Amatur Dunia (WAGR) dan memupuk bakat golf remaja serta semangat persahabatan antarabangsa dengan sokongan Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan penaja.










Add Comment